SPEECHLESS : khibati ~~


Pada 29 JULAI yang lalu, aku telah dikhitbahkan dengan hamba Allah. Selama ini, aku tidak pernah mengharapkan insan itu.
Namun, pada tarikh tersebut dia telah menjadi tunangku. Seorang wanita yang sederhana mendapat tunang yang sangat taat pada Tuhannya? Bukankah itu adalah satu bonus buatku?
Setiap hari, walaupun kami tidak pernah berkomunikasi sama ada berhubung melalui telefon bimbit, email ataupun berjumpa, namun dirinya tetap setia denganku.
Begitu juga dengan diriku. Masya-Allah.
Siapa dirinya?
Setiap hari, apabila mengingati dirinya, aku terus-menerus sentiasa ingatkan Allah. Apabila teringatkan dirinya, aku bersemangat untuk mengisi masa lapangku dengan beribadah kepada Allah tidak kira siang ataupun malam.
Apa yang ada padanya?
Seperti yang saya katakan, dialah seorang hamba Allah yang sangat taat kepada-Nya. Kadangkala terasa


 takut dan gementar menunggu masa untuk kami dinikahkan.
Mungkinkah esok?
Mungkinkah bulan hadapan?
Ataupun mungkinkah tahun hadapan?
Masya-Allah, Allah sahaja yang mengetahui perasaan aku.
Masih mencari siapa gerangan tunanganku?
10 saat untuk kamu berfikir dan cuba teka...
1..
2..
3..
4..
5..
6..
7..
8..
9..
10..

Masa sudah tamat, tiada?
Dialah malaikat IZRAIL...
29 JULAI 1992 yang lalu, aku dilahirkan dan langsung aku bertunang dengannya. Tanpa aku minta.
Dialah hamba Allah yang sangat taat kepada Allah, berzikir tidak henti-henti memuji Allah dan mematuhi segala arahan Allah.
Entah bila malaikat Izrail datang mengambil nyawaku, esok? Minggu hadapan? Bulan hadapan? Tahun hadapan?
Oleh sebab itu, aku sangat takut dan gementar akan kehadirannya.
Oleb sebab itu juga, apabila teringat akan bila tarikh keramat itu, aku sibukkan diri kepada Allah, membuat persiapan untuk hari yang mendatang.

4 comments:

Anonymous said...

mnrik2... tunggu yer malaikat tu...

manusia bulat said...

^___^ semua manusia pun menunggu malaikat yang sama..

ade satu ceramah ni ckp " be make sure that we fully prepared to meet the death "..

Lutfi Azmi said...

nice ! satu peringatan berguna

http://iium-blogger.blogspot.com/2011/09/chosen-video-made-by-malaysians.html

manusia bulat said...

^____^