SPEECHLESS : kebangkitan mahasiswa

assalamualaikum.. hemm sekarang tengah kecoh pasal demonstrasi kat upsi tu.. antara yg terlibat perlajar uia.. and even worst my bestfriend pun pergi! ya allah. risau sungguh kat dia semalam.

ala rileks la.. sebagai mahasiswa kita pun ada hak okay? so tak salah nak buat mcm tu :)

Rugilah jika semasa zaman mahasiswa, mereka hanya tahu (3K) kuliah, kafe dan kolej sahaja.Orang yang hebat ialah mereka yang sentiasa berpengetahuan luas dan sentiasa peka serta cakna dengan persekitarannya.Malah tahu untuk mengatasi sesuatu masalah dgn baik.
-Via 
Mohd Syahid. YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa UM.



don't worry korang yg mana terluka semalam.. ingat.. korang terluka kerana manusia.. Allah akan sembuhkan!
and if people judge you.. Allah justify you! so nothing to be afraid of..


hahah.. one of my friend ade msg ajak turun.. and for me yg tgh bercuti kat rumah mmg tak la nak pegi smpai sane -_- nak pegi tpg sentral pun tk lepas :P kalau aku ade kat damansara bolej la jugak aku gerak dgn korang. haha. next time kalau ade lg kita turun ramai2 :D


apa yg aku tahu.. kwn2 aku yg uia from perak mmg ramai turun.. and ade from kelantan.. and selangor..





and paling tak boleh blah sebab just now berita tv 3 suku mnyatakan :


‎"2 orang pelajar tersebut cedera sebab merempuh dinding kaca ketika bertempiaran lari".


eh kau kan tv3 mmg 3 suku. tahu sbb apa? sudah terang lagi bersuluh. aku dah tgk gambar kawan aku send.. polis belasah diorg.. apa daa. nak menipu mcm tu. 




and org kata semuanya bermula dari ADAM ADLI.. 


AND AS FOR ME.. AKU RESPECT ADAM ADLI.. SEBAB DIA BERANI.. AND ISU TURUN BENDERA TU BUKAN NYA NAK TUNJUK YG MAHASISWA NI KURANG AJAR ATAU APA. IA CUMA SBG TANDA PROTES.. TU PUN CUMA 5MINIT OKAY? AND DILAKUKAN SECARA ELOK.. SO WHY MUST ALL THE MINISTERS NAK GEMPAR GEMPURKAN CERITA? NONSENSE!


nak bukti adam tu tak salah? this is from my friend page on facebook. thanks to him.
and nama dia terpaksa aku rahsiakan atas sebab2 tertentu..





sebelum kita menghukum ada baiknya kita teliti terlebih dahulu,sebelum kita lontarkan pandangan ada baiknya kita fahami dengan jelas terlebih dahulu,supaya kita tidak mudah emosional dalam memperkatakan sebarang isu&tidak pula kita menyebarkan perkara yang tidak benar.

saya mahu mulakan bicara saya tentang seorang mahasiswa & juga anak muda yang berusia 22 tahun,tidak adil sekiranya kita bicara perkara yang kita sendiri tidak tahu isu pokoknya,ingin saya terangkan isunya :

ingin tahu isunya? copy link,searh &bacalah :http://www.sinarharian.com.my/nasional/adam-sedia-hadapi-hukuman-1.14076

adam adli adalah aktivis mahasiswa yang bergiat aktif dalam memperjuangkan hak mahasiswa ,saya ulang lagi sekali lagi ,hak mahsiswa, apa hak mahasiswa? lihat gambar 1&2

antara hak mahasiswa adalah berpartisipasi(kritik tanpa terlibat dalam arena politik) yang dikaitkan dengan akta auku:

kenapa akta auku perlu di mansuhkan?jawapan dari ahlinya:
"AUKU boleh memenjarakan pelajar daripada berfikir dan berpatisipasi didalam politik. Memenjarakan juga pensyarah dari segi melontar idea ilmu yang ditimba, ia merugikan negara" - Prof Madya Dato' Dr Mohammad Agus Yusoff

bagi pendapat saya pula,seteleh diteliti kandungan akta auku,saya mendapati bahawa ,antara kelemahan akta ini adalah ianya menyekat pelajar daripada berparti&menyekat kebebasan bersuara mengkritik dasar yang dibawa oleh sesebuah parti mahupun kerajaan biarpun pelajar tersebut mempunyai kelulusan yang setaraf membolehkan pelajar itu mengkritik.

persoalan yang sentiasa bermain & dilontarkan oleh pihak yang berkaitan&ini adalah jawapan peribadi saya:

1. benarkah adam adli memijak gambar najib?

jawapan saya tidak, rujuk kepada gambar 3 & link ini copy & search:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150480739454883&set=a.90495414882.82659.87363369882&type=1&ref=nf

cuba bayangkan jika ada makhluk yang tidak bertanggungjawab menyebarkan perkara yang tidak benar,ia dipanggil provokasi,kesannya adalah ugutan bertali arus kepada adam adli&keluarga
antara ugutan yang diterima:
http://www.youtube.com/watch?v=6VFf0uuAJF0&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=g5L4T9WuRn0&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=cPftmseZKq8&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=BQTZA_CDMvg&feature=related
selain di atas,keluarga adam adli juga menerima ugutan bunuh&pukul

wajarkah balasan yang patut diterima oleh anak muda ini dengan ugutan bunuh,meludah&menumbuk?
jika wajar mengapa ,tidak ada satu suara pun bersuara,ugut,mengencam ketika hukum hudud dipersendakan,dihina,jika wajar kenapa di saat gambar ulama di kencingkan,mereka membisu?
gambar ke 4&5
hudud dihina:
http://www.youtube.com/watch?v=APDXOormKqY&feature=related

2. wajarkah adam adli menukarkan gambar najib kepada banner kebebasan besuara?

jawapan saya wajar,alasannya? alasan saya ianya adalah satu cara PROTES & SIMBOLIK untuk menarik perhatian pihak berkaitan untuk lebih serius dalam mengambil tindakkan sepatutnya ,untuk pengetahuan anda sudah 5kali pihak berkaitan cuba menarik tali dalam isu hak mahasiswa& sudah berkali2 mahasiswa turun ke jalan raya menyerah momerundum kepada yang berkaitan,hasilnya tidak ada langsung perubahan yang mahasiswa inginkan.

bagi saya ianya adalah gambar bukannya bendera malaysia yang diturunkan,SETELAH 5MINIT ADAM ADLI MELETAKKAN BALIK PADA TEMPAT ASAL TANPA CACAT CELA,sekiranya mereka ikhlas ingin mempersoalkan tentang kebiadapan adam adli ada tak yang bersuara apabila gambar 1 tokoh yang dikencingkan?ada tak yang bersuara apabila badan bukan kerajaan menghadiahkan kek yang disaluti tahi kepada kerajaan pulau pinang?ikhlaskah kita bicara tentang soal adab?
gambar 6&7

3. kenapa perlu protes,sedangkan kaum lain membisu?

jawapan saya,proses protes ini adalah proses biasa,saya beri 1 contoh yang mudah: apabila hak anda diragut&di ambil adakah anda akan berdiam diri?ketika anda kecil ,mainan anda di ambil oleh abang anda,adakah anda akan berdiam diri?pasti anda akan protes sambil menangis&memberitahu kepada ibu anda,bukan? ini kan pula hak mahasiwa,kaum lain tidak membisu,saya lihat&saya dengar mereka memberi sokongan walaupun sokongan itu berupa harapan&doa

4. benarkah adam adli adalah seorang gay?

jawapan saya tidak, ianya adalah fitnah,fitnah ini bermula apabila seseorang gagal menyerang perjuangan yang dituntut&gagal mempengaruhi orang lain ,setelah gagal menyerang perjuangan hak mahasiswa,seseorang itu akan mencipta sesuatu yang boleh dimainkan isu,dengan bahasa mudah,gagal menyerang dengan hujah,akan mula menyerang peribadi,contohnya tuduhan gay&sbgnya,saya amati profile adam adli,adam adli adalah low profile orangnya.
sumber menangkis adam adli gay boleh copy&searh link ni:
http://caiyok-malaysiamaju.blogspot.com/2011/12/lucah-memg-makanan-umno-nk-jatuhkn.html
http://milosuam.blogspot.com/2011/12/kantoi-gambar-gay-filipina-diguna-untuk.html
hentikan fitnah,adam adli yang kaya amalan dari hasil fitnah&tohmohan korang

5. rasanya tak perlu lah adam adli terlibat dengan perkara macam ni?

jawapan saya amat perlu,di atas nama mahasiswa lah melayakkan diri adam adli untuk berjuang hak mahasiswa,tak kan lah lepas adam adli bekerjaya baru nak buat apa yang sepatutnya dia buat ketika menjadi mahasiswa.


6. adakah adam adli akan memohon maaf?

ya.tetapi pihak berkuasa perlu memohon maaf terlebih dahulu.gambar ke 8

7. perlu ke mahasiswa terlibat dengan politik,biarlah habis belajar dulu baru terlibat dengan politik?

sebelum saya jawab soalan di atas, sebenarnya tuntutan mahasiwa yang diperjuangkan oleh adam adli tidak ada pun menyentuh soal politik,hanya memohon &merayu hak mahasiswa dikembalikan,adakah meminta haknya pada tempatnya dikembalikan dikira berpolitik?

jawapan saya sangat perlu,alasannya? alasan :suruhanjaya pihanraya menetapkan umur untuk mengundi adalah 21tahun&usia mahasiswa kebanyakkannya di antara 19 ke atas,sekiranya pihak berkaitan tidak setuju supaya mahasiswa terlibat dengan politik,kenapa umur mengundi tidak di naikkan kepada 30tahun?sebenarnya kita dilatih sejak dari sekolah menengah lagi untuk mengundi melantik ketua kelas,ketua pengawas,bahkan di universiti pun di ajar berpolitik ,jika tidak mengapa pilihanraya kampus di adakan?mengapa bila mahasiswa bicara soal politik ,kita nak cantas dengan alasan yang tidak logik?

ikhlas kn lah diri, berapa ramai mahasiswa yang betul2 belajar,jika nak dibandingkan dengan mahasiswa yang terlibat dengan masalah sosial(berzina,melepak,clubbing,enjoy tak ingatkan diri,bercouple&byk lagi)adalah lebih baik dari mahasiswa yang cakna dengan apa yang berlaku dalam negara,yang selari dengan mahasiswa bakal memimpin negara?

jika pihak di sana ikhlas supaya mahasiswa tidak terlibat dengan politik,mengapa program kerajaan sering dipolitikkan sebagai contoh program BTN,melibatkan mahasiswa&pengisiannya jauh dari dasar yang sebenar,jika nak diceritakan pengalaman saya mengikuti program under government seperti BTN ,nescaya saya akan katakan program itu sampah&membazir masa&harta rakyat(peruntukkan utk btn setiap tahun mencecah ratusan juta ringgit),walaupun manfaatnya ada tetapi sedkit sahaja ,sebab apa?sebab programnya berbentuk politik kecut&bacul!menyerang peribadi pemimpin pembangkang dihadapan pelajar semata2 mahu undi anak muda,sedangkan pemimpin pembangkan tidak ada ruang utk menjawab tohmohan&fitnah(opss terlebih sudah)

saya guna formula yang sama: jika mahu mahasiswa tidak terlibat sebarang aktiviti politik kerana perlu menumpukan pembelajaran,mengapa yang sudah berkerjaya tidak menumpukan kerjayannya tanpa melibatkan aktiviti politik? 
yang menghairankan saya,ketika pelajar bicara soal politik mereka cepat cantas (akta auku)supaya pelajar tidak lagi dapat bersuara,tetapi apabila datangnya pilihanraya,bukan main lagi menjerit mahu undi pelajar yang jugak mahasiswa&anak muda?

8. perlu ke gantung&buang adam adli daripada belajar di upsi?

jawapan saya sangat tidak wajar,jika berlaku,ianya menunjukkan betapa terdesak &suramnya proses demokrasi dalam kampus&mahupun universiti,pasti sejarah hitam ini akan dikenang,atas alasan apakah upsi&pihak berkaitan mahu membuang@menggantung adam adli dari terus belajar?dibawah akta manakah yang hendak digunakan utk mendakwa adam adli?
baca link ini; 
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/12/nak-guna-akta-apa-dakwa-pelajar-turun.html?spref=fb
sekiranya pihak upsi & pihak berkaitan gagal membawa alasan yang utuh untuk membuang @menggantung adam adli,jangan marah jika dunia ketawakan malaysia kerana membuang pelajarnya yang hanya menukarkan gambar kepada gambar menuntut hak mahasiswa tidak sampai 5minit

cuba dengarkan isi hati adam adli:
http://www.youtube.com/watch?v=Xxv3PKSEBgA
http://www.youtube.com/watch?v=HP5ciw6eAVM
http://www.youtube.com/watch?v=s1JeHjPYjGI&feature=related
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.131225950325277.25558.100003136177906&type=3
dari mahasiswa kepada mahasiswa
baca ,faham keseluruhan &sebarkan tq
ianya olahan dari pandangan peribadi saya sahaja~



#sekian dari saya. yes i admit yang sy masih banyak kurang ilmu.. so im searching for it. ustaz pun pernah cakap..  kita kena balance.. jangan ilmu dunia je.. and jangan ilmu akhirat je.. so im trying to balance it right now.. tak salah kan berpolitikus? since this yr i am 20.. and dah nak masuk 21 pun.. seriously people.. angka cukup umur 21tahun tu hanyalah propaganda semata-mata.. sedangkan kalau dalam islam.. berapakah umur yang dipanggil cukup umur atau baligh?? 
and why must we just follow blindly what they do? kalau diorg buat salah kau diam je.. bersuara lah okay? as if.. mcm mana islam nk naik kalau semua umatnya tak ambik kisah and bg alasan "aku takminat p****k malaysia.. one day.. islam tetap akan naik.. 

aku tahu aku tak mampu nak buat perubahan besar terhadap agama aku sendiri.. tapi at least aku nak jadi orang yg mampu buat perubahan walaupun benda tu kecil..

biar benda tu sikit.. kecil.. asalkan istiqamah..

bukan dalam politikus je.. dalam akhlak dan pakaian jugak.. 

kalau org ckp "kau tu bukan pakai tudung labih, so lebih baik jgn ckp pasal agama"

hello? aku mmg bukan tudung labuh.. tapi tudung aku tak singkat mcm kau? and aku pakai tudung.. daripada kau yg tak pakai tudung? and aku ada usaha untuk ke arah kebaikan.. cuma perlu ke aku buat announcement satu dunia "hei dunia, aku tgh usaha nk buat baik ni!"


eh one more thing.. mana nak dptkan jubah seluar untuk perempuan eh?? sapa2 yg tahu PM me please. thankyou. :)

No comments: