SPEECHLESS : hargailah sebelum terlewat ~~

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Yana pada suaminya Fahmi.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Fahmi pd Yana.

Yana hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Yana dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Yana bila Fahmi berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Fahmi terhadapnya. Seakan-akan membenci Yana dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Ahmad. Doktor Ahmad (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Yana hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Fahmi tadi. Doktor Ahmad menyuruh Yana meneran ...."Come on Yana u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Ahmad itu membuatkan Yana bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Ahmad selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Yana terasa sakit lagi dan Yana meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Yana u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Ahmad memuji Yana. "Tahniah Fahmi,it's a twin" Doktor Ahmad mengucapkan tahniah kepada Fahmi. Fahmi hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Ahmad itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Muhammad Hakim Danial dan Nurul Batrisya Izzah.Yana berasa lega... tapi Yana masih lagi teringat kata-kata Fahmi padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Yana selalu kecil hati . Tapi Yana tahankan sahaja. Yana tahu kalau Yana mengadu pada emak, Yana akan dimarahi semula. Jadi Yana hanya diam dan memendam rasa. Muhammad Hakim Danial dan Nurul Batrisya Izzah diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Yana berehat kemudian dapatlah Yana menyusukan Danial dan Batrisya. Comel sungguh kembar Yana. Yana termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Yana mengandungkan kandungannya, Fahmi selalu memarahi Yana, ada sahaja yang tidak kena. Kata Yana yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Yana. Tak sanggup Yana hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Yana kuatkan semangat dan pendirian Yana.

Ingat lagi waktu Yana mula mengandung Fahmi tak percaya Yana mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Yana mengandung.Fahmi ragu anak dalam kandungan Yana. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Yana dah 2 bulan...Yana cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Yana tak tau nak cakap apa.

Yana balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Yana gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Yana bangga Yana dapat memberi zuriat kepada Fahmi. Tapi apa yang Yana dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Yana. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Yana sahaja. Nape Bang?"soal Yana pada Fahmi. "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Fahmi menempelak Yana "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Fahmi lagi. "Abg syak Yana ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Yana kan isteri Abang yang sah, tak kan Yana nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Yana pada Fahmi. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Yana senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Fahmi meleraikan pelukan Yana dengan kasar sehingga Yana hampir tersungkur. Yana menangis dan sedih. Fahmi buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Yana semakin laju. Yana hanya mampu menangis. Terasa dada .Yana sakit menahan semua tohmahan dari Fahmi, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Yana, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Nabil, bukan main baik lagi budak tu" marah Fahmi. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Fahmi lagi pada Yana. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Yana pada Fahmi. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Yana sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Yana terpaksa mengikut Fahmi ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Yana berehat di Surau tempat Fahmi bekerja. Fahmi bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Fahmi shif malam terpaksalah Yana menunggu Fahmi sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Yana terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Yana buat overtime di pejabat. Yana terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Yana gagahkan juga. Tetapi kadangkala Fahmi tidak menjemput Yana di tempat kerja terpaksalah Yana menaiki bas. Begitulah Yana sehinggalah Yana hampir pada waktu bersalin. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Yana, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Yana naik marah kerana Fahmi jemput Yana lambat sampai sakit pinggang Yana menunggunya. Yana menangis. Fahmi tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Yana macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Yana.

Yana tambah sedih mengenangkan diri Yana, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Yana balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak bergaduh.. Yana sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Yana..dalam keadaan yang begitu Yana masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Fahmi dalam keadaan marah telah menarik rambut Yana dan menghantukkan kepala Yana ke dinding..Yana hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Yana nak pergi ke rumah Mak Usu nya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Yana dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Yana mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Yana pada Fahmi. Fahmi ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Yana lagi. Tiba-tiba Fahmi bangun dan mukanya bengis memandang Yana "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ke"marah Fahmi. "Itu Yana tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Yana cuma nak ingatkan Abang aja" Yana memberitahu Fahmi. Fahmi datang pada Yana dan direntapnya rambut  Yana dan di hantukkannya kepala Yana kedinding.

Yana tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Fahmi berbuat demikian...terasa kebas kepala Yana dan mula membengkak. Pening kepala Yana dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Yana dalam hatinya. Yana memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis.Fahmi kemudian duduk diam. Yana rasa kepala Yana macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. berdenyut2.."Bang, Yana minta maaf jika Yana membuat Abang marah" Yana memohon maaf pada Fahmi sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet.. bunyi handphone Fahmi. "Sapa plak ni sebok je.." Rungut Fahmi yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. "Hoi, Encik Fahmi, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Aiman, kawan pejabat Fahmi. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha" gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Aiman cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Fahmi ni tak de risau langsung pasal bini dia" cetus hati Aiman. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu..nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Aiman mengingatkan Fahmi. "Iyelah, Man, lagipun Yana dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Fahmi selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ade apa-apa nanti kau jangan menyesal Fahmi, sesal tak sudah nanti" kata Aiman lagi. Treet, Treet, Treet.. bunyi handphone Fahmi. "Hello Fahmi speaking" jawab Fahmi. "Hello Fahmi, Doktor Ahmad sini, ade masalahlah Fahmi, pasal Yana, datang segera ke hospital ye Fahmi, Yana tidak sedarkan diri.."  panggilan kecemasan dari Doktor Ahmad "Iye ke, teruk ke dia Ahmad , okay I datang".. tuttttttt . Fahmi menamatkan perbualannya dengan Doktor Ahmad. "Man. Kau kut aku, Yana tak sedar diri ..."ajak Fahmi pada Aiman. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Man pada Fahmi. "Alah jom la cepat" desak Fahmi.

"Fahmi, kami tak dapat selamatkan Yana, Yana mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ni pernah tak Yana jatuh atau..terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Ahmad dengan serius dan ingin penjelasan Fahmi. Fahmi hanya mendiamkan diri. Automatik otak Fahmi teringat yang dia pernah menarik rambut Yana dan menghantukkan kepala Yana kedinding sekuatnya.. dan selepas kejadian itu Fahmi tidak pernah pun membawa Yana ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Yana sering sakit kepala yang teruk ..tapi Fahmi tidak pernah mengendahkan kesakitan Yana..baginya Yana mengada-ngada.. saja buat sakit untuk minta simpati..tetapi sebaliknya..Fahmi hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil.. "Doktor Hanif yang merawat Yana kerana Yana mengadu sakit kepala sewaktu Yana memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Hanif membawa Yana ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Yana tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Fahmi, Yana telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Yana, Yana minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Fahmi. ALLAH berkuasa Fahmi, kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Ahmad lalu memberikan Fahmi sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Fahmi mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Fahmi, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Yana dan peristiwa yang berlaku pada Yana pada setiap hari , Fahmi membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Yana semuanya tertera di diarinya. Dan Fahmi dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Fahmi terhadap Yana.."YA ALLAH kenapa aku buat Yana begini" terdetik hati Fahmi selepas membaca tiap lembaran diari Yana. Dan terpandang oleh Fahmi mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering..membuat Fahmi tertarik untuk membacanya.. Untuk suami Yana yang tersayang, I LOVE U Bang.. "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA" 


ASSALAMUALAIKUM.

ABANG,
 

INGAT TAK BUNGA ROS MERAH NI, ABANG BERIKAN PADA YANA SEWAKTU MULA MENGENALI ABANG. LAMA YANA SIMPAN BUNGA TU BANG..BUNGA INILAH LAMBANG BERMULANYA PERKENALAN YANA DENGAN ABANG. YANA BENAR-BENAR MENYAYANGI ABANG. YANA MENYIMPAN SETIAP HADIAH YANG ABANG BAGI PADA YANA. ABANG TAK PERNAH TAHU KAN .. ITULAH SALAH SATU BUKTINYA BETAPA SAYANGNYA YANA.. TERLEBIH DAHULU YANA INGIN SANGAT DENGAR ABANG PANGGIL YANA AYANG SEPERTI KITA BARU KAHWIN...ABANG PANGGIL YANA AYANG...TERASA DIRI DIMANJA BILA ABANG PANGGIL YANA CAM TU.. WALAUPUN YANA DAPAT MERASA PANGGILAN AYANG ITU SEKETIKA SAHAJA. ABANG DAH BANYAK BERUBAH. PERKATAAN AYANG TELAH HILANG DAN TIDAK KEDENGARAN UNTUK YANA LAGI. KENAPA? BENCIKAH ABANG PADA YANA? ABANG..MUKASURAT NI KHAS UTK ABANG. BACALAH SEMOGA ABANG TAHU SAYANGNYA YANA PADA ABANG. ABANG INGATKAN HARI NI HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA DAN YANA HADIAHKAN ABANG....... DANIAL DAN BATRISYA. UNTUK YANA TAK PERLULAH ABANG BAGI KERANA TAK ADA APA YANG YANA INGINKAN MELAINKAN KASIH SAYANG ABANG PADA YANA. YANA AKAN PERGI MENCARI KETENANGAN DAN KEDAMAIAN UNTUK DIRI YANA. YANA PERGI UNTUK MENEMUI NYA.
 

YANA HARAP ABANG AKAN MENJAGA DANIAL DAN BATRISYA DENGAN BAIK DAN JANGAN SEKALI-KALI SAKITI MEREKA. DANIAL DAN BATRISYA TAK TAHU APA-APA. ITULAH HADIAH PALING BERHARGA DARI DIRI YANA DAN MEREKA ADALAH DARAH DAGING ABANG. JANGAN SEKSA MEREKA. ABANG BOLEH SEKSA YANA TAPI BUKAN MEREKA. SAYANGILAH MEREKA.. YANA INGIN MENGATAKAN BAHAWA YANA TAK ADA HUBUNGAN DENGAN SESIAPA MELAINKAN ABANG SAHAJA. YANA HANYA SEBAGAI ISTERO UNTUK ABANG SEORANG. TERIMA KASIH KERANA ABANG SUDI MENGAHWINI YANA WALAUPUN YANA NI CUMA MENUMPANG KASIH DISEBUAH KELUARGA YANG MENJAGA YANA DARI KECIL HINGGALAH YANA BERTEMU DENGAN ABANG DAN BERKAHWIN. YANA HARAP ABANG TIDAK AKAN MENSIA-SIAKAN KEMBAR KITA DAN YANA TIDAK MAHU MEREKA MENGIKUT JEJAK KEHIDUPAN YANA YANG MALANG KERANA MENUMPANG KASIH DARI KELUARGA YANG BUKAN DARI DARAH DAGING YANA..TAPI YANA BERSYUKUR KERANA DAPAT MENGECAPI KASIH SAYANG SEPENUHNYA DARI KELUARGA INI. YANA HARAP SANGAT ABANG AKAN SENTIASA MEMBERITAHU PADA KEMBAR KITA YANG YANA IBUNYA AKAN SENTIASA BERSAMA DISAMPING KEMBAR KITA, WALAU PUN YANA TAK DAPAT MEMBELAI DAN HANYA SEKETIKA SAHAJA DAPAT MENGENYANGKAN KEMBAR KITA DENGAN AIR SUSU YANA. BERJANJI PADA YANA DAN INGAT DANIAL DAN BATRISYA ADALAH DARAH DAGING ABANG..AMPUNKAN YANA DAN HALALKAN SEGALA MAKAN MINUM YANA SELAMA SETAHUN KITA BERSAMA. SEKIRANYA ABANG TIDAK SUDI MENERIMA DANIAL DAN BATRISYA BERILAH PADA EMAK YANA SUPAYA EMAK MENJAGA KEMBAR KITA DAN SEGALA PERBELANJAAN YANA DAH BUAT NAMA EMAK UNTUK KWSP YANA. BIARLAH EMAK MENJAGA KEMBAR KITA SEKURANG-KURANG TERUBAT JUGA RINDU EMAK SEKELUARGA PADA YANA NANTI BILA MEMANDANG KEMBAR KITA. COMEL ANAK KITA BANG.. BATRISYA MENGIKUT RAUT MUKA ABANG..SEJUK KATA ORANG DAN YANA YAKIN MESTI DANIAL AKAN MENGIKUT IRAS RAUT WAJAH YANA..IBUNYA..SEJUK PERUT YANA MENGANDUNGKAN MEREKA. INILAH PENINGGALAN YANA UNTUK ABANG. SEMOGA ABANG MASIH SUDI MENYAYANGI DAN MENGINGATI WALAUPUN YANA SUDAH TIADA DISISI ABANG DAN KEMBAR KITA.
 

WASSALAM.
 
SALAM TERAKHIR DARI YANA UNTUK ABANG DAN SEMUA.
DOAKAN YANA.

IKHLAS DARI
 

NUR YANA
 

Sabarlah Fahmi, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Batrisya" pujuk Aiman. Fahmi hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Yana maafkan Abg, Yana. Fahmi longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Fahmi dan Yana jatuh dikakinya dan Fahmi mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT YANA DAN SEKELUARGA. YANA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI YANA DAN KELUARGA YANA HINGGA KEAKHIR HAYAT YANA.
Fahmi terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Fahmi seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Yana seperti terakam dalam kotak otaknya..setiap perbuatannya..seperti wayang jelas terpampang..kenapalah sampai begini jadinya..kejamnya aku..Yana, Yana, Yana maafkan Abang Yana. Sewaktu jenazah Yana tiba dirumah suasana amat memilukan. Fahmi tidak terdaya untuk melihat keluarga Yana yang begitu sedih atas pemergian Yana. Namun emak Yana begitu tabah dan redha. Danial dan Batrisya sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Yana, Fahmi lihat muka Yana tenang bersih dan Fahmi kucup dahi Yana buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Yana mengikuti wajah Zakri. "Yana Abang minta ampun dan maaf" bisik Fahmi perlahan pada telinga Yana sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Yana meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Fahmi ada titisan airmata bergenang di tepi mata Yana. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Fahmi. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Fahmi dan diberikan kepada neneknya. 

Jenazah Yana dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Yana, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Fahmi tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Yana yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Yana selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Fahmi keseorangan di pusara Yana yang merah tanahnya..meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ..YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Yana..ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Fahmi terlelap disisi pusara Yana bermimpikan oleh Fahmi,Yana datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Fahmi dengan lembut mulus. Fahmi melihat Yana tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Yana Putih bersih. Yana, Yana, Yana nak kemana Yana, Yana, Yanaa!. Fahmi terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Fahmi,Fahmi bangun Fahmi..dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Fahmi?" tegur abang long , abang ipar Yana. Dari jauh Fahmi lihat emak dan kakak ipar mengendong kembar. Mereka menangis. Fahmi berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Batrisya anak ayah, ayah akan menjagamu nak..kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah.. emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Yana..


No comments: