ASSALAMUALAIKUM..
BOSAN2, AMAL JALAN2 KAT INTERNET.. AND AMAL JUMPA SESUATU YANG MENARIK..
**************************
soalan bertubi - tubi
tanpa ragu2 ku menjawap
walaupun terasa diri DIPERSENDAKAN
walaupun terasa diri DIKETAWAKAN
kerana perasaan hormat dan memikirkan perasaan penyoal
serta satu lagi perasaan yang tak dapat ku nyatakan
setiap soalan cuba dijawab sebaik mungkin
NAMUN
soalan - soalanku dibiarkan berhabuk dalam kotak perbualan
tidak penting barangkali
hati tidak sedikir pun marah
tapi sakit
tiba2 tubuh panas menjadi sejuk
dada berombak kencang dan terasa kesakitannya
terasa ingin menumpahkan sesuatu dari mata
tapi tak berdaya
ya Allah..
aku yakin dengan petunjukMu dalam hajat dan doaku yang lalu
hidup yang pelbagai warna sejak kecil
banyak mengajar dan mendewasakan tubuh ini
agar tidak terlalu hanyut dan terbuai
selalu ku ingatkan pada diri ini
agar tidak membiarkan diriku diluka lagi
malam yang sunyi
malam yang penuh dengan tanda tanya buatku
malam yang penuh kesakitan
lalu
tangan ditadah
padaMu ku berdoa
mengalir lagi air mata itu
air mata penuh penyesalan
kerana diri yang penuh dengan dosa dan noda
memohon keampunanMu
memohon hidayahMu
memohon petunjukMu
aku tahu
kalau itu ialah petunjukMu, pasti bersebab Kau uji hambaMu ini
tiada yang tahu hati ini melainkan Penciptaku
tiada yang mengenali ini melainkan Penciptaku
mungkin luaranku seperti memarahi
tapi dalaman ku sedang menahan rasa bersalah
mungkin luarahku seperti sedang membenci
tapi dalaman ku sedang menahan satu perasaan yang dilahirkan oleh Allah ke dlm diriku
mungkin luaran ku menemplak
tapi dalaman ku amat ingin berlembut
apakan daya aku tak mampu berbuat begitu
kerana bagiku
lebih baik semua itu aku lakukan dalam diam
sebab aku percaya pada Penciptaku..
semua berlaku dalam diam
kerana mungkin aku tak ingin merosakkan hati sebagai hamba Allah
aku bertuah kerana dipillih olehMu untuk melalui ujian ini ya Allah!
alhamdulillah hati kembali tenang
pesanan kepada diri sentiasa di ulang
AGAR SENTIASA PERPRASANGKA BAIK terhadap org
supaya tidak meletakkan apa2 yang buruk sebelum mendengar penjelasan
^____^
diriku ingin sekali memohon maaf kepada makhluk Allah yang digelar manusia
maaf kerana hatiku telah sakit padamu
Alhamdulillah sekarang tidak lagi
jangan ditanya mengapa.. Allah penyelesai segala-galanya ^__^
****************************
haha so how? jgn judge ape2 okayh..
teringat kata2 ustaz
HAMBA ALLAH S.W.T YANG BERIMAN AKAN WUJUD RASA TOUCHING, RASA SEDIH DALAM DIRINYA
ALLAH S.W.T MEMBERIKAN UJIAN PADA HAMBANYA KERANA ALLAH SAYANG AKAN HAMBANYA
dua pesan ni amal selalu ingat.. sebab ustaz akan ckp setiap kali ade kelas..
selamat malam dan selamat pagi buat semua..
assalamualaikum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ye ker jumpa...sy musykil..
but please forgive "that person"...
insyaAllah u will know everything later.. the time will be coming soon...insyaAllah..
jumpa tu byk makna kan
tell "that person" that he is forgiven ^__^
and " insyaAllah u will know everything later.. the time will be coming soon...insyaAllah.. " <-- i dont to comment anything about your statement.. ^___^ it's better for me to keep silent until "that person" tell me everything..
Post a Comment