nak dengar sangat kan.. haa mari..

Apakah yang mahu kau dengari?
Aku akan ceritakan semuanya
Tidak lagi aku akan bersembunyi
Dan rela diri aku pergi ke ruang yang kau kehendaki

Kau tanya apakah rahsia
Bila diberitahu engkau tidak pula menyukainya
Maka apakah yang mahu kau dengari?
Biar aku ceritakan segala yang kau sukai
Hanya yang kau sukai

Aku tidak peduli lagi
Apakah yang akan berlaku pada diri ini
Hancur, atau jatuh dalam ruang yang takkan mampu dihitung insani
Aku beri, Aku beri
Apa yang kau kehendaki?
Aku beri

Luka-luka itu aku simpan
Kerna kau tidak menyukai
Kau nyatakan kau suka akan kebenaran
Tetapi ada kebenaran yang kau tak suka hadapi
Kau hanya ingin dengar apa yang kau sukai
Maka inilah aku
Menceritakan apa yang kau kehendaki
Walaupun itu hakikatnya palsu

Apakah yang kau ingin dengari?
Mari sini aku ceritakan segalanya
Tidak peduli lagi sama itu benar atau hanya palsu semata
Tetapi itulah yang kau kehendaki
Maka itulah yang akan aku beri

1 comment:

manusia bulat said...

tribute to - hilal asyraf ~ for this great poem :)