malam itu JAHAT

tertarik dengan apa yg aku baca dari post wall seorang rakan.. dan ingin dikongsi bersama kalian di blog ini :)

malam itu gelap.

lalu,apa yg menunggu di dlm gelap itu?

malam itu pekat.

maka,apa yg wujud dlm pekat itu?

malam itu suram.

mengapa ia suram?

malam itu kelam.

buat manusia hilang arah tuju.

malam itu buta.

hingga menghalang daya lihat manusia.

malam itu likat.

sehingga perlu manusia hati2 melangkah.

malam itu gelap.

segelap hati manusia yg enggan menerima hidayah.

malam itu hitam.

sehitam jiwa manusia yg cintakan maksiat.

MALAM ITU JAHAT.

mengapa?

kerana pencipta malam mengatakan kebenaran itu. (113:3)

kerana waktu itu,manusia menjadi buta.

lalu pemaksiat dgn gagah melampiaskan hawa nafsu sesuka rasa.

kerana tika itu,manusia nyenyak tidur.

namun ada yg berjaga smata2 kerana keseronokan dunia,disko,clubbing,parti dan lain2nya.

kerana saat itu penzina merasa.

tiada siapa memerhatikan mereka,lalu segalanya dilakukan hingga lahir anak suci,indah status tiada.

kerana jam itu,syaitan galak menjalankan kerja.

membisik kejahatan di sudut hati manusia,mempengaruhi hamba2Nya,melakukan dosa dan noda.

kerana malam itu sendiri,yang mampu memainkan perasaan dan jiwa manusia.

buatkan manusia merasa sunyi,sepi,keseorgan,risau,takut,gelisah,bimbang dan memberontak.

tetapi apa salah malam?

malam hanyalah makhluk.

makhluk ciptaan pencipta manusia.

malam hanya menjalankan tugas.

mengapa ia ditugaskan demikian?

KENAPA?

kerana pencipta manusia mahu..

MENGUJI

MELIHAT

MENGAWASI

MEMASTI

apakah manusia itu

PATUH

TAAT

SETIA

CINTA

RINDU

MENGHARAP

BERGANTUNG

MEMINTA PERTOLONGAN

MENCARI

hanya kepada-NYA

awas manusia!

sesungguhnya malam itu wujud bkan tanpa sebab.

malam itu hanya menjalankan tugas.

menguji manusia.

sejauh mana manusia mahu mencari jalan pulang kpd KHALIKnya.

setakat mana manusia mahu mengharap keredhaan dan syurga indah,janji-NYA.

aduh manusia!

masih belum mengerti kah anda?

apa tugas anda? (2:30,51:56)

apa guna anda di dunia?

lalu mengapa masih bermaksiat?

lalu mengapa masih mencari kasih manusia?

lalu mengapa masih enggan membuka mata?

masih mengunci hati?

masih enggan mencari keampunan?

masih angkuh menolak hidayah?

masih tegar mengingkari?

masih lupa mensyukuri nikmatNYA?

dan masih leka dan asyik dgn dunia sementara?

apakah tidak cukup janji agung allahswt?

apakah begitu ringan azab ancaman allahswt?

apa masih terlalu sedikit keampunan-NYA?

malam itu membuat hati sunyi,jiwa sepi.

kerana Allahswt mahu kita mencariNYA.

malam itu bisa menggigit perasaan,merasa ketakutan.

supaya kita mengharap pertolongan dan rahmatNYA.

malam itu senyap.

supaya kita merasa aman menghadap dan menangis utkNYA.

malam itu diam.

supaya Allahswt,penghuni langit dan isinya mendengar sayup zikrullah dr bibir manusia.

namun, manusia angkuh,sombong,berlagak, tak mahu pulang kepadaNYA.

sesungguhnya ingatlah manusia! dunia hanyalah sekelip mata.

andai manusia tahu nikmatnya syurga,hebat dan baiknya Allah,pasti manusia menyesal menangis air mata darah memaksiatNYA. sementara masih ada waktu,SEMENTARA MASIH ADA WAKTU.awas MANUSIA..AWAS!!!

No comments: