SPEECHLESS : usahlah bersedih



....Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat.


Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang 



mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan 


bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. 


Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan 


datang mencarimu


dan mengambilmu suatu hari nanti. Apa yang boleh kamu 


usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu 


adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya 


dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat 


membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga...

No comments: