SPEECHLESS : Rasulullah ada tinggalkan wasiat kepada anaknya, Fatimah ^__^ menarik!

assalamualaikum.. hr ni amal bace satu kisah ni plop hee. bosan.. err :)


jumpa satu kisah ni. menarik. peninggalan wasiat Rasulullah s.a.w untuk anak perempuannya, Fatimah.. nak tahu dop gapo dio?  hee.. kecek klate.. maaf deh..

10 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fathimah. Sepuluh wasiat yang baginda sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya, terutamanya untuk  dimiliki oleh setiap  insan bergelar wanita yang solehah.






10 Wasiat Rasulullah SAW tersebut adalah :

Ya Fatimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelikan dan meningkatkan darjat wanita itu.

Ya Fatimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh dinding pemisah

Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakan rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu org yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

Ya Fatimah, tiadalah wanita yang menahan kebaiban tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

Ya Fatimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

Ya Fatimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

Ya Fatimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.

Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Ya Fatimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki janggut dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai2 syurga. Allah mempermudah sakaratul-maut baginya, serta kuburnya menjadi bahagian dari taman syurga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari seksa neraka serta dapat melintasi siratul-mustaqim dengan selamat.

Begitu indah menjadi wanita dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia, Jadilah diri-dirimu menjadi wanita solehah agar negeri menjadi indah

kerana dirimu adalah tiang negeri ini.

Tidakkah dirimu merasa risau melihat keadaan dunia akhir zaman ini Apa yang akan kau katakan pada anakmu kelak saat ia bertanya mengapa dunia seperti ini? 



Jadilah diri-dirimu menjadi wanita solehah kerana esok negeri ini ditangan generasi kita.

begitu indah menjadi isteri setiap perbuatannya merupakan pahala untukmu lakukan dengan ikhlas kerana allah Insyaallah dunia akhirat ada ditanganmu.

semoga allah yang maha baik menjadikan kita wanita  solehah membantu dan membimbing kita untuk tetap dijalanNya.


Ameenn~ 



:)


p/s : kan bagus kalau kita dapat mati syahid.. mati di jalan Allah.. mulianya kan.. :)


entah lah. banyak lagi yang masih perlu dibaiki dalam diri ni. harap2 ada lah yang sudi membimbing diri yang tunggang teerbalik ni :)






bai. assalamualaikum.








No comments: