SPEECHLESS : hikmah meninggalkan cakap bohong

assalamualaikum! ^__^

hee.. baru habis bace satu buku ni.. meh nak share kan dengan korang sume.. :) saje je.. hee~~

emm..

dalam sebuah hadis kan.. yang diriwayatkan oleh lukman hakim menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w kerana hendak memeluk agama islam tau.. lepas tu kan.. sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu pun kata:

ya Rasulullah. sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya"


maka Rasulullah menjawab :

mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?

ya saya berjanji   .
kata lelaki itu singkat. selepas tu kan, dia pun pulang lah ke rumahnya..

menurut riwayat.. sebelum lelaki tu memeluk islam.. dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat.. kegemarannya suka mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. maka setelah dia memeluk agama islam, dia sedaya upaya meninggalkan segala keburukan itu.. sebab itu dia meminta nasihat dari Rasulullah s.a.w.

dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah s.a.w.. lelaki itu berkata dalam hatinya :

berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki Rasulullah itu..


maka setiap kali hati kecilnya terdorong untuk berbuat jahat, hati kecilnya teus mengejek.

berani engkau buat jahat.. apakah jawapan mu nanti bila ditanya Rasulullah? sanggupkah engkau berbohong kepadanya?


setiap kali dia berniat hendak buat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah dan setiap kali itu pula hatinya berkata :

kalau aku berbohong pada Rasulullah.. bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya.. sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang islam.. oh tuhan.. sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga..


setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu. akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang naluri dan kehendaknya.. menurut hadis itu lagi.. sehak dari hari itu, bermula lah babak baru dalam hidupnya.. dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh rasulullah.. hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmn yang soleh dan mulia..

pengajarannya???

renung2 kan lah ye~~

bagi amal.. emm

kite sebagai hamba Allah.. kene berusaha sejujur mungkin.. sebab itulah sebaik-baik aklah muslim..

allahu'alam ^__^


No comments: