SPEECHLESS : merdeka sangat ke kita semua







Aku tidak mahu,
Jika Merdeka,
Malam yang menyambutku dipenuhi maksiat,
Anak-anak muda ke sana ke mari tanpa tujuan,
Laungan merdeka bersama air setan.
Aku tidak mahu,
Jika merdeka,
Tapi kalam suci Al-Quran,
Kau biarkan sepi,
Tak disentuh,
Tak memberi cahaya.
Aku tidak mahu,
Jika merdeka,
Kau bangga dengan kebaratan,
Kau bangga mempamerkan aurat,
Kau bangga berpakaian terdedah disana sini,
Rambutmu kau biarkan terlepas,
Menjadi tatapan sang lelaki ajnabi.
Apa kau fikir itu merdeka?
Kau salah!
Sungguh, belum sempurna merdekamu.

p/s : waktu naik teksi ke kota damansara.. uncle teksi yang berbangsa india tanya kat amal..
" you nak sambut raya dulu ka merdeka dulu? "
haha.. then dgn sadin nye amal jawap " raya lah uncle "..
uncle tu tanya " kenapa ? aiyoo.. tak bangga kah negara kita sudah merdeka 54 tahun "
and i dont know whether my answer correct or not.. just answering 
" uncle.. merdeka tu org sambut tapi ramai org tak paham erti sbnr kan uncle. hehe. kami umat islam nak sambut raya. sbb kami dah puasa sebulan. kalau kami posa betul2. hari raya pertama tu mcm hari kami baru lahir. suci dari dosa.. hee.. "

uncle tu pun jwp " oo itu mcm ka? byk best lah you boleh suci dari dosa2 "........

mula2 terkedu jugak bila uncle tu tanya.. hehe

No comments: