ceritera menunggu




23 JUN 2011

aku penat

bukan bermakna aku kalah

bukan bermakna aku putus asa

tapi

aku penat

menanti siraman istimewa

menanti perkara biasa menjadi luar biasa

menanti perkara yang sudah ku pasti akan kesamarannya!!

kata-kata ceritera itu membuatkan aku ingin bersembunyi jauh di sudut dunia

kerana

tanpa sedar

kau telah sakiti aku

sememangnya bukan fizikal

tapi hati wanita ini

tahukah engkau?

hati seorang wanita umpama kaca yang rapuh?

senang untuk pecah

tanpa sedar

semakin hari

siraman yang diberikan semakin baik

siraman yang diberikan semakin istimewa

umpama ibu yang melayan anak kecilnya yang mahukan gula-gula

tahukah engkau?

siraman sebegitu kau takrifkan sebagai biasa?

ah! mungkin

mungkin kerana itulah cara engkau menyiram setiap bunga-bunga yang ada

tapi adakah bunga juga menyangka bahawa itu adalah biasa?

pernahkah engkau bertanya kepada bunga?

TIDAK!

jikalau engkau bertanya

sudah pasti bunga akan memberi jawapan

" aku tidak menganggapnya siraman biasa.. tapi tidak ku sangka rupanya siraman itu hanyalah biasa bagi kau "

mengapa begitu?

kerana

bunga menganggap  siraman itu adalah sesuatu yang luar biasa

bunga menganggap siraman itu adalah siraman istimewa yang diinginkan

tetapi

masih hampa

sang penyiram masih lagi dengan siraman 'istimewa' terhadap bunga-bunga lain

namun

di kalangan kuntuman bunga-bunga yan terdapat di taman ini

di dalamnya

terdapat sekuntum bunga

yang masih lai mengharap

yang masih lagi menanti

yang masih lagi menunggu

agar

suatu hari nanti

siraman yang betul-betul istimewa

dan luar biasa itu

diberikan kepadanya sahaja.

^_^

1653

No comments: