is it difficult ?

assalam .. :)

alhamdulillah..bernafas lagi aku hari ni..emm..hari ni aku nak kongsikan sedikit pengalaman yg xseberapa..mungkin untuk dijadikan pengajaran :)

terdapat beberapa orang sahabat yang sangat rapat antara satu sama lain..sudah dua semester bersama..makan..minum..tidur..senang kata..tatkala diri jauh dari keluarga ni..mereka sentiasa bersama..tolong-menolong antara satu sama lain..semuanya bertujuh..namun..sejak dua menjak ni si A sering menjauhkan diri dari sahabat2 nya..mengapa??entahlah..tidak ada jawaban yang pasti tentang itu..nak dijadikan cerita..semakin hari perangai si A makin menjadi-jadi..sahabat2 nya sering berfikir "ah mungkin A ade masalah kot..kalau x,,xkan die nak buat kite mcm ni..hr tu oke lg..tibe2 je..mula2 cakap lg dgn kita..semakin hr perbualan dia dgn kite makin berkurang..sampailah sekarang..pandang kite pun die xnak..xpe..sabar dulu"..

si A kini langsung tidak bertegur sapa dengan sahabat2 nya yang satu masa dulu sgt rapat dgn nya..mengapa?nak cuba kawan baru ke?tapi mengapa perlu sahabat lama dipulaukan begitu rupa..apakah si A fikir bahawa sahabat2 nya tiada perasaan ?? entahlah..hanya allah dan A yang tahu..

suatu masa dahulu..A pernah membuat perlakuan sebegini rupa..apabila sahabat2 nya tidak lagi tahan..mereka pun bertanya terus terang kepada A.."apa masalah awak dgn ktorag?kalau ktorang ade buat salah..maaf"..tapi tiada respon dari A ..ahh ! barangkali A ingat sahabat2 nya sedang berkomunikasi dengan dinding agaknyer..tidak mengapalah :) ..

namun tidak lama kemudia,,A datang menjumpai sahabat2 nya dan menangs2 meminta maaf..dgn alasan "maaf..semua ni salah faham..saya sebenarnya tak ade ape yg nak dibualkan sebab tu saya diam"..ohh senangnye alasan??haha..okeoke..sahabat2 A tidak kisah lalu melupakan itu semua..tapi..beberapa bulan selepas itu..ketika exam final semester dua menjenguk..pada hari pertama peperiksaan..A masih lagi jalan dengan sahabat2 nya..masih lagi bergelak tawa..masih lagi !! tapi .. entah mengapa ?? tanpa sebab yang tak diketahui sampailah hari ni..keesokkan harinya..A tak jalan lagi dah dgn sahabat2 nya..tapi masih lagi bercakap dgn mereka..hari seterusnya..A mula kurang bercakap dgn sahabat2 nya..samapi lah ke hari akhir mereka semua di kampus sebelum pulang cuti semester..A langsung tidak mahu bercakap dan memandang sahabat2 nya..kata nya mahu berlaku adil terhadap semua orang..tapi A tipu !! dekat orang lain..boleh pulak A tegur?/hemm..nthlah..

macam2 yang A buat..sehinggakan sahabat2nya pelik..sedih dan ada yang menangis !! A..seorang yang berpewatakan tudung labuh..namun tidak kah A sedar memutuskan silaturrahim itu satu dosa !! 
pernah satu hari sahabat2 A ni terserempak dgn A sedang berjalan dgn N..dari jauh N menegur "hai!"..namun A yg berjalan di sebelah N buat tak tahu sahaja..seolah-olah sahabatnya tak wujud..aduhh!!sakitnya hati sahabat2 A ketika itu..N yang menyangka A tidak nampak sahabatnya lalu berkata kepada A "ehh A kamu nampak tak itu sahabat karibmu itu?nampak tak?"..namun respon dari A hanyalah tundukan..tundukan seorang pengecut barangkali!! ..apakah sahabat2 A ni berhati batu sehingga diperlakukan sebegitu rupa..pulang dari outing itu..sahabat2nya ingin bersua muka dgn A..untuk bertanya secara terus terang apa salah sahabat2 sbnrnya sampaikan A buat mcm tu..namun A tidak mahu melayan..akhirnya..sahabat2 A menghantar chat di facebook " salam A..nak tnye ckit..nape A buat ktorang mcm ni..ape salah ktorang..kalau ade salah bgtahulah agar kami boleh betulkan......bla bla bla and bla " ..dan dari chat yang panjang lebar itu..A hanya menjawab.. " jap nak YM.",,oh tidak!! A memilih untuk BER YM dgn sape nth..daripada selesaikan konflik nya dengan sahabat2 nya..hingga ke akhir sahabat2 menunggu balasan chat dari A..tapi A tak balas..dia terus offline..A menipu..tak mengapa..sahabat2 nya masih lagi bersabar..walaupun dalam hati rasa sedih teramat diperlakukan sebegitu rupa !! 

hari berganti hari..menjadi minggu yang berlalu..masa terus berjalan..tibalah hari terakhir exam..dan juga merupakan hari terakhir bg sahabat2 dan A sebelum pulang bercuti..sahabat2 bertekad untuk jumpa dgn A sebelum mereka pulang..dengan niat..BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH..dalam masa yang sama ingin saling bermaafan antara sahabat2 dengan A..pertama..W yang pulang dahulu..kerana kakak nya telah menunggu di perkarangan depan pagar kampus..sebelum W meninggalkan kampus..W pergi berjumpa A..dan lg seorang kawan yg bernama syafinaz..kebetulan A dan syafinaz berada di bilik yg sama..sewaktu itu..syafinaz sedang tidur..manakala A sedang sibuk dgn laptop sape yg dipinjamnya..lalu W berkta."inaz,saya nak balik dah ! :) "..tp syafinaz tidur..tak mengapa tak nak diganggu..lalu W menghampiri A..dan berkata "A,,saya dah nak balik.."..dan..reaksi dari A "herm.."..A sedikit pun tidak memandang W..untuk bersalam dan memeluk apatah lagi..W menunggu buat seketika..namun A buat tak tahu..lalu W keluar dari bilik itu dgn hati yg sangat hampa..tak disangka A,,yg dulunya rapat dgn nya..datang dari satu negeri..membuat begitu pdnya..apabila kawan shbt2 ini tlg bertanya kpd A..mengapa A buat mcm tu pd W..A hanya jawab "saya nak berlaku adil pd semua orang..biarlah mslh ini sy pendam dlm hati sorang2"..A..kalau nak pendam masalah sorang2 tu buatlah..tak kisah..tapi jgn tunjuk yang anda tu bermasalah..seterusnya L nak balik..begitu juga..L pergi berjumpa A..atas nasihat Z..mencuba..L berkata "A,,saya nak balik dah :)"..lalu L menghulurkan tangan pada A..huhhh..pada mulanya A buat tak tahu je..selepas seketika baru A menyambut huluran tangan itu dengan muka tidak puas hati dan L lantas memeluk A..

begitulah pada sahabat2 lain..dan dengar cerita bahawa slh seorang daripada sahabat2 yg pernah rapat dengan A..tidak berjumpa dgn A sblm die pulang..kerana tak tahan dengan sikap A..lalu pulanglah masing2 ke kampung halaman..LY di pahang pulang paling awl..W di kedah..J di terengganu..M sekitar petaling jaya??..N putrajaya dan L perak..dan sahabat yg menjauhkan diri..A dari gurun kedah..

dan tak lama selepas itu..semua sahabat2 A mendapat SMS dari A..yang bermaksud A meminta maaf kerana telah memutuskan SEKETIKA ukhwah antara mereka..namun antara ramai2 sahabat nya..hanya seorang atau dua yg membalas atas dasar kesian..dan yang lain tidak membalas SMS tersebut..kerana..UNTUK MEMAAFKAN SESEORANG ITU TAK PERLU BGTAHUNYA BHWA KITA DAH MAAFKANNYA TAPI CUKUPLAH ANTARA KITA DGN ALLAH S.W.T..mereka membuat begini bukan kerana benci..mereka sayangkan A..tapi hendak memberi sedikit pengajaran buat A..
kalau buat masalah depan2..face to face..tapi hnya dgn minta maaf melalui mesej..SENANG LAH HIDUP ! ..
semua orang boleh buat..contohnya L buat masalah dgn semua orang..pastu dia minta maaf hanya dgn hantar mesej je..senangnyer hidup macam tu..semua pun boleh buat..
keadaan disini menunjukkan bahawa sahabat2 A telah byk kali cuba mnegur sapa dan meminta maaf dgn A..tp tak dipedulikan oleh A..

itulah ~~

  Sebagai seorang Islam, sewajarnyalah kita memohon kemaafan kepada seseorang jika kita telah melakukan kesalahan terhadapnya. Jika kita telah minta maaf terpulanglah kepada orang tersebut, apakah ia ingin memaafkannya atau sebaliknya, kerana selaku manusia kita tidak dapat terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Tapi jangan pula kita memutuskan tali silaturrahim lantaran sikapnya yang acuh tak acuh.   
Memutuskan silaturrahim menyebabkan seseorang memperoleh hukuman dengan segera ketika berada di dunia lagi. Sebagaimana  diterangkan dalam sebuah hadis daripada Abu Bakar ra. bahawa baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”.
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
    
Sesungguhnya tidak rugi jika kita sentiasa mempererat tali silaturrahim, kerana ia menyebabkan dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim”.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

artikel seterusnya adalah salah satu artikel harun yahya
Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalam Al Qur’an adalah sikap memaafkan:

“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.”
(Surah al-A’raf [7]:199)

Dalam ayat lain Allah berfirman:
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(Surah an-Nur [24]:22)

Mereka yang tidak mengikuti ajaran mulia Al Qur’an akan merasa sulit memaafkan orang lain. Sebab, mereka mudah marah terhadap kesalahan apa pun yang diperbuat. Padahal, Allah telah menganjurkan orang beriman bahwa memaafkan adalah lebih baik:

“… dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(Surah at-Taghaabun [64]:14)

Juga dinyatakan dalam Al Qur’an bahwa pemaaf adalah sifat mulia yang terpuji.

“Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”
(Surah asy-Syura [42]:43)

Berlandaskan hal tersebut, kaum beriman adalah orang-orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur’an,

“…menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.”
(Surah ali-‘Imraan [3]:134)

No comments: