REDHALAH DENGAN PEMERGIANNYA..

DARIPADA ALLAH SWT KITA DATANG DAN KEPADA-NYA JUA KITA KEMBALI. ITULAH PUTARAN KEHIDUPAN. DUNIA INI HANYALAH PERSINGGAHAN SAHAJA. DAN AKHIRAT JUA YANG KEKAL UNTUK SELAMA-LAMANYA.
"Puas menanggung kesakitan akhirnya Tuhan menjemput ayah kembali ke tempat asalnya. sedih dengan pemergian ayah tetapi gembira dan redha kerana tidak lagi melihat air mata ayah bergenang menahan kesakitan yang tidak tertanggung akibat penyakit buah pinggang dan gout yang sudah merebak ke seluruh tubuh badan ayah.
Dahulunya ayah seorang yang kuat semangat tetapi dia juga manusia biasa yang adakalanya emosi dan semangat akan jatuh tiba-tiba apabila diserang bertubi-tubi dengan pelbagai penyakit. jika dahulu jarang melihat ayah mengalirkan air mata walaupun ketika ayah begitu sesak dengan pelbagai tekanan hidup dan karenah anak.
Namun kini air mata tua ayah mengalir bukan kerana desakan hidup tetapi kerana seluruh badannya terasa bisa dan membengkak dek serangan gout. aku sendiri tidak tertahan melihat ayah menahan sakit. ada kalanya aku memberikan ayah ubat supaya tidak sakit.
tetapi itu semua mempunyai risiko kerana buah pinggang ayah sudah tidak berfungsi dengan baik kesan ubat penahan sakit yang bertahun ayah telan untuk menghilangkan rasa sakit goutnya, perkara paling membuatkan aku terkilan bagaimana kami adik beradik tidak pernah melihat ayah mengambil ubat-ubatan itu.
dia bijak menyorok sakitnya daripada pengetahuan kami adik-beradik. ataupun kami yang terlalu leka dengan urusan kerja masing-masing."
Itulah luahan seorang sahabat tatkala rakan-rakan yang lain menziarahinya pada hari menyedihkan dalam hidupnya iaitu hari persemadian ayah tersayang ke rahmatullah.
Bergenang air mata sahabat melihat kesedihan dia. dan sekaligus terkenang ibu dan ayah di kampung. apakah merekaa juga sedang menyorok penyakit dan kesakitan mereka daripada pengetahuan anak-anak.
MASYA ALLAH.NAUZUBILLAHIMINZALIQ.
Hampir tiga tahun ayahnya terlantar menanggung kesakitan. daripada boleh berjalan laju berubah berjalan menggunakan tongkat, daripada bertongkat, berkerusi roda dan akhirnya sehinggalah terlantar di katil sahaja. badannya tidak boleh disentuh kerana sakit. hanya termampu dilakukan menangis dan menangis.
Sungguh hebat penderitaan yang ditanggung pakcik Osman(bukan nama sebenar). daripada aku mengenalinya sebagai seorang anggota tentera yang tegas dan kuat sehingga aku melihatnya sebagai seorang yang tua dan tidak tertanggung penderitaannya.
Panggilan telefon pada pagi itu membuatkan aku sayu namun bersyukur kerana penderitaan pakcik Osman sudah berakhir. hampir semua ikhtiar sudah diilakukan tetapi besarnya kejadian allah itu. jika dia tidak membenarkan apa-apa juga berlaku, perkara itu tidak akan berlaku, tetapi jika ada izinNya, manusia tidak berdaya menahannya daripada terjadi.
Kepada sahabat F (bukan nama sebenar), bersabarlah kerana itu sudah dijanjikan oleh allah swt. jangan kesali apa juga yang berlaku kerana itu sudah rezeki yang tertulis untuk si ayah. hanya mampu dikirimkan dan dibekalkan untuk si ayah, ialah doa untuknya dan amalan yang ditinggalkan olehnya dan jadilah anak yang soleh dan solehah kerana itu sahaja kiriman yang diperlukan oleh si ayah. bukannya tangisan dan ratapan.
Apa jua hajat dan impian si ayah yang tidak tercapai, sebagai anak tidak salah jika kita terus merealisasikannya walaupun dia sudah bersemadi di alam barzakh. pesanan juga buat sahabat-sahabat dan juga kepada diri sendiiri, urusan kita bersama kerjaya tidak akan selesai sehingga kita menutup mata, namun jangan jadikan itu alasan untuk mengabaikan ibu dan ayah.
MENYESAL DAHULU PENDAPATAN, MENYESAL KEMUDIAN TIADA BERGUNA. LUANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK MEREKA SUPAYA WALAUPUN BERADA JAUH DI MATA TETAPI DEKAT DI HATI. MOGA-MOGA PENGORBANAN KITA MENDAPAT KEBERKATAN DARIPADA ALLAH SWT..
wallahualam..

No comments: