apakah erti sebenar persahabatan??

prang !! ..habis semuabarangan berkaca dalam bilik tidur anis pecah.
entah mengapa anis bertindak sedemikian..hatinya bercelaru..tidak keruan..
"apa salah aku??"..
namun tiada siapa yang dapat memberikan jawapan yang pasti melainkan 'orang itu'..
anis termenung panjang.namun tiada penyelesaian yang dijumpainya.
tanpa membuang masa,anis mengambil wuduk. dengan tujuan amarah dihatinya akan menjadi sejuk.
~~~~
"anis,mesti ada sebab dia buat macam tu.kau jangan fikir bukan2 ye.mungkin dia ada masalah yg kita tak tahu kan?" amirah cuba mententeramkan anis yang sedang gelisah.
"tapi mira,aku buat ape?aku text pun dia tak balas.tiba2 aku tgk dia delete fb aku.mane tak aku terkejut?sampai dia nak buang aku nape?tak perlu la! "
"sudah lah anis.tak de guna kau terus runsing macam ni.dah.jom kita ke kelas.nanti lambat MADAM A kunci pintu tak pasal je kita nanti."
~~~~
tanpa angin, hujan , ribut mahupun petir muhamad terus tidak menghiraukan anis. tanpa sebab2 yang anis sendiri tidak tahu mengapa.
~~~~
titt titt..bunyi handphone anis berbunyi menandakan ada mesej masuk.
anis yang pada ketika itu sedang mengulangkji pelajaran agak terkejut dengan bunyi handphone nya.
"ehh sapa plak msj aku tgh2 malam nie"
anis lalu mencapai handphone nya ..
text mesej itu adalah kosong..pengirim nya tertera nama muhamad..
"mengapa dengan muhamad nie?ade masalah ke?tibe2je htr text kosong kat aku.hemm baik aku tanye". anis kehairanan..
ANIS : YE MUHAMAD?NAPE AWK HTR TEXT KOSONG PADA SY?AWK SALAH HTR EA?OR AWK ADE APE2 MASALAH?CITELAH? =D
selepas seketika..
titt titt..pantas anis mencapai handphone nya..
MUHAMAD : PIKIR LA SENDIRI!!
"ehh mamat nie.aku tnye elok2 die tgking2 lak?ni dah melampau.dah la htr text kosong.hermm."..anis terkejut dengan mesej yang baru sahaja diterima dari muhamad.
ANIS : AWK NI NAPE MUHAMAD?ADE APE2 MASALAH CITE LAH KAT SY.KITE KAN KAWAN.
namun tiada balas dari muhamad.anis semakin hairan dengan sikap muhamad.
sejak kejadian malam itu, muhamad tidak lagi menghantar kpd anis mesej2 nasihat,gurauan ataupun minta tolong dari anis.tapi anis tetap tidak putus asa.
anis menghantar mesej pd muhamad lagi.namun tetap tidak berbalas.
anis ingin menceritakan sesuatu kpd muhamad.
tapi kali ini bukan melalui handphone.
anis ingin mencuba melalui facebook.
lalu, anis pantas mengonlinekan facebook nya.mencari nama muhamad.tapi, anis agak terkejut, kerana apabila anis terjumpa shj fb muhamad..anis bukan lagi seorang kawan dalam fb muhamad.anis menangis.
"apa salah aku ya allah..".rintih anis di dalam hati..
"baiklah.ini yang dia buat pada aku.baik.aku sedar ilmu aku tak setinggi dia.aku tak layak berkawan dengannya.dia jauh lebih pandai dari aku.sedangkan aku?"..
sejak hari itu,anis tekad untuk mengikut rentak muhamad..
namun, tanpa disangka anis.muhamad kembali mencari anis.muhamad kembali add anis di facebook.anis terkejut.namun, anis bukanlah seorang yang senang dipermainkan perasaannya.dia sedar dia manusia biasa yang selalu melakukan dosa.namun, untuk menerima kembali muhamad. membuatkan hatinya menangis kembali.
anis menekan butang 'CONFIRM' untukmenjadikan muhamad sbg kawannya di dalam fb.namun hanya seketika.
tanpa membuang masa, anis menghantar inbox kepada muhamad.
mesej tersebut berbunyi:
salam.aku minx maaf atas segala salah aku kat kau yang aku pun tak tahu pa??sebab kau tak bagitahu..aku manusia biasa.,,aku perlukan penjelasan.dah lama aku tunggu tapi kau tak juga bg jawapan yang aku nak..kau buat tak tau kat aku.htr msg mrh2.and delete aku.tiba2 kau add aku balik.tanpa perkataan maaf pun.kau kata tak nak buat dosa.what??kita ada akal untuk menggunakan fb dgn baik.buka buat dosa.mana dalil kau mengatakan berkawan dengan muslimahadalah berdosa??jangan sesuka hati mengeluarkan hukum tanpa dalil yang kukuh.aku pun nak tahu.kalau betul dosa.mana dalil?tunjuk kat aku.bg aku ilmu t jugak.ukhwah bukan lah satu dosa.harap maklum.aku tak berniat pun nak melakukan dosa dengan kau.tapi menjalinkan persahabatan.dalam islam tak pernah kata haram.puas aku menangis fikir apa dosa aku kat kau sampai kau buat aku macam ni.di sebabkan perkara tu kau hukum semua.selamat tinggal.kawan dengan kau best.perkara paling indah allah bagi.tapi maaf.sekali kau dah buat aku mcm ni.aku baru sedar.kau tak anggap aku ni kawan pun kan.sekian.doaku agar kau bahagia dengan apa yang kau dah buat.semoga allah sentiasa memberkati kau.maafkan aku tak dapat tunaikan janji untuk ajar kau bahasa inggeris.manusia hanya merancang,allah yang menentukan.maaf saudara.teruslah berdakwah demi islam!!biarlah tulisan blog menjadi penghubung.salam 'alaik.
setelah menghantar mesej tersebut di inbox fb muhamad.anis terus delete muhamad.entah mengapa hatinya tidak dapat terima atas apa yang dilakukan muhamad.umpama seorang sahabat ini senang diperlakukan apa2 shj.untuk dibuang kemudian dikutp kembali.
tidak lama selepas itu, muhamad membalas mesej anis melalui inbox di fb juga.
assalamualaikum.. astaqfirullah..anti,salah anggap nie.... anti silap fhm ttg apa yg ana tulis dkt blog.. ana xpernh kata berkwn dgn pompuan hukum dy berdosa.. ana dh bc blik apa yg ana tulis.. tp ana lihat xde pun knyataan yg mngtakn kwn dgn pomuan tu berdosa... cuma ana ambil pndekatan untuk bermuhasabah blik apa yg ana dh lakukan..sbb tu ana delete hbis semua pompuan yg ade dlm fb ana delete kecuali yg ade tali persaudaraan dgn ana.. ye..mungkin apa yg anti ckpkn itu btol.. terserah lah anti nk ckp apa pd ana.. ana sedia dgr n terima.. utk pngetahuan anti, ana xdelete anti sebnrnya.. cuma ana block.. tp bila ana unblock blik.. ana tgok dh xde..ana ingtkn dy cuma block je..rupanyer dy delete sekali..hurmm sbb tu ana request blik.. lg satu...ana dh mintak maaf melalui fon.. ana xtaw msj tu smpai ke tak.. sbb apa yg ana hntr semua nyer xberbls.. sejht2 n seburuk2 ana ..ana msih menghormati anti sbg seorg kwn.. ana taw ana xsehebat mn dlm nk berkata psal hukum-hakam atau pun dalil2..ana pun xarif dlm bidg tu... untk pngetahuan anti..anti xde slh apa2 dgn sy.. sy dtg bkn utk mencri gaduh atau berdebat..tp sy dtg dgn hrpn dan ksih syg serta penuh kelembutan trhdp saudara seislam sy.. skrg..terpulang pd anti..sy xmembnci/xmarah pd sape2.. sy akui nie semua slh sy..semua yg berlaku adlh slh sy..sy bersyukur sbb Allah msih tgur sy..dan sy ucpkn terima ksih ats tegurn anti di ats..sy hargainya.. :-) assalamualaikum..
anis hanya tersenyum ketika membacanya.
"muhamad2,semua telah terlambat.dulu kau yang putuskan ukhwah antara kita.dalam masa 3 hari aku cuba menghubungi kau tapi kau buat seolah-olah aku tak wujud.sekarang aku tak dapat terima kau lagi.biarlah apa yang dah jadi dulu dilupakan.aku tak ingin nak ingat lagi.aku dah pun maafkan kau muhamad, namun untuk menerma kau kembali.susah bagi aku.biarlah allah yang menentukan segalanya muhamad.aku dah malas nak fikir.maaf sbb mesej tu aku guna bahasa kasar yang aku tak penah guna pada kau."..kata-kata yang hanya lahir ari hati anis.jauh di sudt hati, anis sudah pun memaafkan muhamad.
anis akui muhamad adalah seorang sahabatnya yang paling indah pernah dberi oleh allah kepadanya. mungkin dia tidak layak untuk bersahabat dengan orang seperti itu, lalu tanpa disuruh anis sendiri telah mengundur diri.
"maafkan aku muhamad.dan apa yang kau buat padaku telah aku maafkan".seperti biasa, hanya kata-kata yang disimpan di dalam hati.
~~~~
sekian.

No comments: